Transparency International Malaysia Badan Ketelusan Antarabangsa

Pada 16 Januari 2009, Presiden Transparency International Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam melancarkan Projek Crinis Malaysia dengan tujuan menyelesaikan kebimbangan rakyat Malaysia mengenai fenomena politik wang, penyalahgunaan dana semasa pemilihan parti dan pilihan raya umum. Ini termasuklah penyelidikan terhadap kewangan parti-parti politik, mencadangkan pembaharuan berdasarkan diagnosis pengagihan dana dalam semua kempen pilihan raya serta membuat perbandingan berhubung amalan di antara negara-negara. Kerjasama amat diperlukan daripada parti-parti politik, pihak berkuasa pilihan raya, penyumbang korporat, pengundi dan pemegang amanah utama di dalam negara dan antarabangsa . Mana-mana yang enggan memberi kerjasama, janganlah mengundi mereka. Antara anggotanya ialah Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas. [2]